minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

HOSPITAL KERAJAAN MUSNAHKAN REKOD SAKIT ANWAR

Oleh : Wartawan Rasmi laman Reformasi

Kuala Lumpur 17 Desember 2000 -  Pihak berkuasa Hospital Besar Selayang hari ini mungkin akan menghadapi tindakan Mahkamah ekoran  memusnahkan segala “bukti” sakit yang dihidapi Saudara Anwar . Menurut peguam beliau S.N Nair and Partners surat telah dihantar kepada pengarah Hospital berkenaan meminta penjelasan kenapakah  pihak Hospital  berkenaan memusnahkan semua rekod MRI scan .

Menurt surat yang dihantar , MRI scan yang menunjukkan kesan kesakitan tulang belakang beliau telah dilakukan dihospital tersebut pada 24 November 2000. Walaubagaimana pun apabila pihak Anwar cuba untuk mendapatkan salinan bagi mengkaji segala permasalahan kesakitannya, beliau diberitahu bahawa segala rekod kesihatan beliau telah dimusnahkan oleh pihak Hospital. Keadaan ini berlaku  tanpa persetujuan dan pengetahuan pihak Anwar sendiri.

Pihak keluarga beliau menyedari bahawa ini berkemungkinan adalah akibat dari tekanan politik dan mengesyaki bahawa ianya merupakan cubaan bagi mengertak pihak doktor yang cuba merubatnya. Atas sebab-sebab yang demikian pihak keluarga beliau mendesak agar Anwar diberikan rawatan yang sesuai dan menasabah diluar negara  bagi mengelak berlakunya sabotaj dan kesihatan beliau tidak seharusnya diletakkan dalam keadaan yang meragukan.

Rakan-rakan dan keluarga beliau merasa bimbang sekiranya Anwar diteruskan melakukan pembedahan di dalam negara ianya memungkinkan akan tidak terjadinya satu jaminan dari segi keselamatannya. Keluarga dan penyokong beliau mengsyakki berlakunya cubaan untuk meracunnya pada tahun lepas dengan arsenic.Semua simpel air kencing, rambut dan darah beliau telah dihantar ke Australia untuk diuji dan mendapati ianya positif diracuni. Walau bagaimana pun kerajaan Regim Mahathir menafikannya.  

 

 

 

           

 

           

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter